Thursday, April 2, 2009

Persahabatan Kaum Antarabangsa

"Persahabatan bagai kepompong", itulah sebaris lirik dari sebuah lagu mengenai pershabatan. Persahabatan bagai kepompong, yang dulunya ulat an terus ia menjadi kupu-kupu. Sama jug aseperti persahabatan kita dengan sahabat-sahabat kita sendiri. Hari persahabatan kaum antarabangsa memang patut dialu-alukan supaya kita juga mempunyai semacam komunikasi dan interaksi bersama sahabat-sahabat kita di luar negara. Bukan sahaja sahabat lokal tetapi sahabat antarabangsa juga harus ada.

Setiap tahun, sekolah saya pasti akan mengadakan berbagai aktiviti menarik yang bersangkut-paut dengan Hari pershabatan untuk pelajar-pelajar di sekolah. Apatah lagi, di sekolah saya mempunyai beberapa pelajar yang datang dari luar negara dan telah datang ke Singapura untuk berlajar di sini. Negara-negara ini termasuk China, Thailand, Myanmar, Korea dan juga negeri jiran kita, Malaysia. Jadi kita tidak perlulah bersusah payah pergi ke luar negara hanya untuk mencari teman berlain kaum. Pada tahun lalu, sekolah saya telah mengadakan beberapa aktiviti yang amat menarik perhatian para pelajar. Pihak sekolah telah mempamerkan makanan-makanan khas dari berbilang kaum. Memang susah untuk mendapatkan makanan-makanan luar negara, tetapi kita tidak boleh lupa bahawa Singapura adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, Dengan itu, sekolah saya juga telag mempamerkan makanan berbilang bangsa di SIngapura supaya bangsa lain lebih mengetahui dan mengenali.

Selain itu juga, para penari dari kelab tarian telah menyiapkan pertunjukan tarian dari negara Sepanyol. Saya juga terlibat dalam persembahan tersebut. Sebenarnya, saya rasa agak kekok kerana itulah kali pertama saya mencuba tarian itu. Dengan hanya sekali latihan, saya dan teman-teman tarian saya dapat menghibur para pelajar yang sedang menyaksikan. Ada juga segmen mendedikasikan lagu. Memang sangat meriah sekali suasana pada hari itu. Semua pelajar dapat menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan. Banyak lagio yang kita dapat lakukan untuk menyambut perayaan yang penting ni.

Pada tahun ini pula, pihak sekolah telah mengundang tiga orang penari dari sebuah kelab tarian, untuk membuat persembahan tarian kontemporari di sekolah saya. Apa yang menarik tentang tarian ini adalah penari-penarinya yang berasal dari tiga negera yang berbeza, Singapura, China dan juga Hong Kong. Luar biasa sekali. Mereka dapat menghasilkan sebuah koreografi di sebalik perbedaan budaya dan bahasa itu. Ini menunjukkan bahawa sebuah kerjasama dapat berhasil walaupun ada perbedaan antara kita.

Perbedaan antara kaum akan lebih mengeratkan tali persahabatan kita kerana kita dapat berkongsi budaya dan bahasa kita kepada seseorang yang berbeda kaum. Tidak semestinya mereka harus mengikuti gaya hidup kita tetapi dengan adanya perkongsian, kita juga dapat mempelajari sesuatu yang baru. Bagi saya, sebuah persahabatan itu sangat penting dalam hidup saya. Siapa yang akan mendengar semua keluh-kesah kita? Sahabat merupakan aset terpenting di dalam kehidupan kita, Kita boleh sahaja berteman dengan orang yang mempunyai persamaan tetapi adakah itu cukup? Kita harus memperluas lagi pertemanan kita. Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini di sekolah, ia akan membuka lebih banyak peluang untuk bershabat dengan kaum lain.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Amira
    Amira
    Amira

    panjang sangat.tetapi bahasa dan isi cerita amat menarik.
    Isi juga baik dan senang difahamkan.
    Bagus
    Bagus

    Cuba menulis karang begini di dalam peperiksaan yaa..

    ReplyDelete
  3. Haha... Amira, diam-diam ternyata kamu punya blog ya. Untuk melatih kemampuan menulis dalam Bahasa Melayu Singapura, ya? Agak aneh juga rasanya hehe... biasanya saya baca tulisan Amira yg pake bhs. Inggris/Indonesia sehari-hari. Bahasa Melayu formal agak sulit dimengerti. Btw, memang penting mengenal bangsa lain (Harmoni by Patton mode: on). Hubungan yang baik dengan orang2 berbeda bangsa, ras, dan budaya, dapat mengikis prasangka dan stereotip negatif yg mungkin tertanam di pikiran kita.
    Oh ya, walaupun telat lamaaaa, saya mau mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 16. Semoga panjang umur, sehat selalu, sukses selalu, dan tercapai semua cita-cita yang kamu inginkan. Salam,
    Linda.

    ReplyDelete
  4. @ linda
    haha hello Linda.
    yup di sekolah aku harus ada blog kayak gini.
    untuk melatih bahasa melayu.
    hoho, thanks for the wish yaah.
    And thank you for coming here!
    btw, blog post yang ini, ialah sebuah karangan or composition. mengenai our friends di luar negara. yup i agree, we should make friends from people from other countries to ensure world peace! and ive made friends from Indonesia already. :) and i used the 'kepompong' lyrics a lil bit in my compo. hehe.

    ReplyDelete