Tuesday, May 26, 2009

Satu Peristiwa Yang Mengubah Hidup Anda

Nasi sudah menjadi bubur. Aku tidak dapat lagi memutar balik waktu dan menyadari akibat yang akan terjadi jikalau aku masih tetap dnegan keinginan ku itu. Semuanya sudah terjadi. Aku menyesali setiap keputusan yang aku ambil. Ia boleh dikatakan keputusan yang sangat bodoh. Aku tidak pernah memikir kalau ia akan berakhir seperti ini. Aku sering menangis, meraung, meratapi kesalahan besra yang aku telah lakukan. Namun, aku tidak berdaya untuk melakukan apa-apa lagi. Mengapa aku sangat bodoh? Aku mengimbas kembali peristiwa pahit itu.

Keadaan keluargaku yang sangat sederhana tiodak membolehkan aku untuk berbelanja mengikut suka hati. Keluargaku sering terbelenggu kerana masalah duit. Aku sangat risau dengan keadaan aku ini. Kadangkala, aku rasa sudah tidak sanggup lagi untuk menjalani hidup seperti ini. Adik-beradik ku yang berumur dari 2 tahun hingga 13 tahun itu sering merungut kerana tidak dapat makan makanan enak seperti rakan-rakan mereka. Aku hanya memberi mereka nasihat dan memberitahu mereka bahwa ini adalah arus kehidupan yang harus dihadapi setiap manusia yang wujud dalam dunia ini. Memang tidak semua orang mempunyai masalah yang sama tetapi setiap manusia tidak luput dari masalah. Aku juga tahu bahawa umurku masih belum cukup untuk melamar pekerjaan. Niatnya memang ingin membantu ibu-bapaku. Ibuku hanya seorang suri rumahtangga manakala ayahku pula adalah seorang pekerja kilang yang berpendapatan rendah. Ayah selalu rasa bersalah. Memang susah untuk mencari pekerhjaan zaman sekarang ini. Kemampuan ayahku tidaks ebanding dengan pekerjaan-pekerjaan yang pendapatan nya lebih. Aku dapat membaca kebimbangan yang terpancar dalam diri ayah. Tidak dapat dinafikan lagi, keluargaku sedang melanda masalah keuangan yang sangat besar.

Di sekolah, aku memang tidak punya sahabat karib. Itu menambahkan lagi kesedihanku yang tak kunjung henti. Aku tidak mempunyai teman untuk membantuku dan mendengar segala keluh-kesah yang akus edang alami saat itu. Aku hanya mempunyai sekumpulan teman tetapi watak dan latar belakang keluaraga mereka sangat bertolak belakang dneganku. Mereka terlahir dari keluarga yang berada. Ini boleh dilihat dari beg, kasut dan peralatan sekolah yang mereka kenakan. Jauh beza sekali dnegan aku. Aku tidak berani untuk menyapa mereka kerana pastinya mereka tidak akan menerimaku sebagai teman mereka. Namun demikian, perkiraan aku salah. Pada suatu hari, mereka, Lina, Shida & Sarah datang menyapaku. Terperanajt sekali. Tidak ku sangka mereka ingin berbual dneganku. Rasa gembira meruap di dadaku. Mereka mula menayakan keadaan keluargaku. Aku pun menceritakan. Dari tatapan wajah mereka, mereka terlihat sangat prihatin terhadap masalah yang sedang melanda keluargaku. Mereka pun menawarkan bantuan uang kepadaku. Pada mulanya, aku menolak kerana rasa tidak sedap hati.

" Kita nak bantu kau. Terimalah bantuan kami ni. Kami ikhlas. ", seru Lina yang memberi senyuman sinis kepada teman-temannya. " Hmm, baiklah. Aku terima. Terima kasih ya!", aku menjawab dnegan kegirangan. " Tapi....", Shida pun mencuit Sarah yang sedang berkhayal. "Tapi apa?", aku bertanay dengan kebingungan, aku dapat merasakan ad ayang tidak kena dengan mereka. " Tapi ada syarat tau. ", sahut Sarah yang tersedar dari dunia khayalannya itu.

Aku mengerut kepalaku sejurus sahaja mendengar pernyataan Sarah itu. Aku menjadi curiga. Benarkah mereka ikhlas? Atau ada udang di sebalik batu? Lina yang sedang duduk bersebelahan denganku membisikkan sesuatu ke telingaku. Mataku terbeliak mendengar kata-kata yang terucap dari mulut Lina. Aku menggelengkan kepala, tanda tidak setuju. Aku terus berdiri berjalan beredar dari kelas. Tetapi aku ditahan oleh Lina. Dia menarik tanganku dan meyebut tentang uang. Aku bingung. Perkara yang disuruh mereka amat lah berbahaya konsekuensinya. Aku memberitahu bahawa aku memerlukan waktu untuk memmikirkan lagi tawaran mereka itu. Perkataan "uang" sering menghampiri diriku. Aku semakin terbelenggu. Tetapi, aku tidak mempunyai banyak masa dan aku pun membuat keputusan pada malam itu juga. Keesokan harinya, aku bertemu dengan mereka. Aku mengangguk tanpa sebarang perbualan dnegan mereka. Mereka pun terlihat sanagt bahagia sekali. Pada ahri itu juga, aku melaksanakan tugas yang mereka arahkan. Sebelumnya, mereka sudah pun menyrahkan sebuah sampul yang berisi uang. Hatiku berdegap-degup. Aku mengambil apa sahaja yang mereka pinta dan menyelipkannya di dalam beg aku. Aku pun berjalan keluar. Ternyata, segala kelakuanku tadi, telah tertangkap dalam CCTV. Pegawai keselamatan pusat membeli-belah itu menahan aku dan dia terus menggeldah beg aku. Aku menjenguk di luar kedai itu dan Lina, hida & Sarah sudah tidak ada di situ lagi. Dari saat itu lah aku menyedari bahawa mereka telah menipuku.

" Mira, Mira!!" aku tersentak. Dari tadi, penyapu yang ingin aku gunakan untuk menyapu halaman rumah ini bersandar di badanku. Penjaga yang menjaga anak-anak remaja di rumah tumpangan anak-anak nakal ini rupanya yang menegurku untuk bersambung bekerja. Kini, aku tinggal bersama remaja-remaja yangs eumuran dengan aku. Aku sudah berjauhan dengan keluargaku. Keputusan bodohku menyebabkan aku terlantar di sini. Dengan ini, hidup aku berubah seratus lapan puluh derajat. Padahal aku berniat untuk memberikan uang itu kepada ibu dan ayahku. Tetapi aku rasa ini adalah jalan yang terbaik kerana mereka tidak menggunakan uang haram dari Lina, Shida & Sarah. Aku menyesal sekali. Tiada apa yang aku boleh buat lagi. Hidupku sudah benar-benar berubah.