Wednesday, August 12, 2009

Refleksi Hari Kebangsaan

Pada tanggal 9 Ogos yang lalu, Singapura telah merayakan ulang tahunnya yang ke 44 tahun. Di sini lah, warga Singapura dapat beramai-ramai menonton Perbarisan Hari Kebangsaan di televisyen mahupun di Stadium Marina Bay. Singapura telah melalui berbagai rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan kini SIngapura adalah salah satu di antara yang maju. Semua ini dapat diraih kerana kerja keras ahli politik untuk memajukan negara yang jumlah penduduk kita kecil ini. Singapura telah maju dari segi teknologi, pertahanan yang setiap kali dipertingkatkan.

Tahun ini, tema bagi Hari Kebangsaan sangat istimewa. "Come together, Reaching Out, Reaching Up."Hari kebangsaan merupakan hari di mana kita dapat mengenang kembali masa-masa susah dan senang yang Singapura telah dihadapi warga Singapura. Tiap tahun pelbagai organisasi telah menyiapkan sajian hiburan di stadium untuk menyambut Hari Kebangsaan yang sangat meriah ini.