Thursday, March 26, 2009

Hujung Minggu Yang Menggembirakan

Pada hari sabtu lalu, tanggal 21 March saya telah mula menerima ucapan selamat hari ulang tahun saya yang sebnarnya jatuh pada tanggal 22 March. Saya sangat gembira kerana ada ramai juga yang mengingati hari ulang tahun saya. Pada hari itu juga saya telah menonton rancangan realiti pertandingan nyanyian untuk anak - anak kecil di Indoinesia. Itu adalah salah satu rancangan kegemaran saya sejak tahun lalu. Ini adalah tahun kedua rancangan televisyen ini diadakan. Ia sangat popular hingga ke merata Asia. Negara-negara jiran seperti Brunei, Malysia, Hong Kong & Singapura juga dapat menikmati rancangan yang sangat seronok ini. Rancangan pada hari Sabtu itu lebih istimewa lagi kerana ia adalah babak terakhir untuk menentukan siapakah pemenang bagi pertandingan nyanyian. Saya sangat meminati rancangan ini kerana bakat-bakat nyanyian merka sangat luar bisa. Bukan itu sahaja, mereka juga pintar. Tetapi ada juga yang memasuki pertandingan itu untuk memperbaiki pendapatan keluarga. Orang ramai yang menonton harus undi menggunakan teknologi 'SMS', setiap minggu akan ada seorang peserta yang harus meninggalkan pertandingan ini. Apa yang telah membuat saya gembira pada hujung minggu lalu ialah kerana kedua-dua peserta yang masih bertahan merupakan salah satu finalis kegemaran saya. Potensi mereka untuk menjadi seorang bintang terkenal sangat terlihat. Saya sangat menyokong bakat-bakat anak-anak ini kerana mereka adalah generasi baru yang dapat mengharumkan nama negara mereka sendiri. Di sebalik itu, mereka juga akan belajar untuk menerima kekalahan dan mereka tidak boleh berputus asa. Hari itu memang hari yang sangat menggembirakan! Saya sangat terpukau melihat penampilan mereka yang heboh di panggung yang megah di Jakarta. Saya juga rela untuk meluangkan masa pada hari Sabtu itu hanya untuk menonton rancangan itu. Tidak sabarnya menunggu tanggal 28 March, hari penentuan siapakah pemenang pertandingan itu.

Hari Minggu, tanggal 22 March, memang hari yang istimewa untuk saya. Hari yang menyenangkan saya kerana ia adalah hari ulang tahun saya yang ke-16. Walaupun tidak ada parti atau acara meriah untuk saya, tapi saya sudah bersyukur kerana sebuah ucapan ulang tahun lebih bermakna dari hadiah. Ibu saya pun mengajak saya ke Singapore Expo untuk berbelanja kerana ada jualan murah makanan halal. Tidak sabar rasanya untuk berjalan-jalan dengan ibu saya kerana sudah seklian lama saya ingin keluar tetapi masa tidak mengizinkan. Sejurus sampai di sana, ibu saya membelikan saya donat dari gerai 'Donut Empire' kerana ada promosi yang telah mereka tawarkan. Saya dan ibu saya juga mengunjungi gerai-gerai lain yang menjual makanan-makanan yang enak. Setelah penat berjalan, aku pun mengunjungi Sinagpore Expo hall empat di mana ada 'Popular Sale'. Saya pun berbelanja keperluan sekolah saya. Akhirnya, aku dan ibuku pun pulang. Pada malam harinya pula, bapa saya pulang membawa kek yang dibuat khas untuk saya. Hadiah yang sngat istimewa dari makcik saya kerana dialah yang membakar kek itu sendiri. Aku pun memotong kek itu dan mengajak ibu dan bapaku menikmati kek brownie itu. Hari Minggu itu memang hari yang sangat menggembirakan. Saya memang tidak dapat banyak hadiah tetapi dengan orang mengingati hari ulang tahun saya sudha mencukupi. Saya sangat berterima kasih sekali bagi semua yang telah mengingati dan mengucapkan kepada saya. Terima Kasih! :D Sahabat-sahabat karib aku juga tidak boleh dilupakan, hadiah yang mereka telah berikan sehari selepas hari ulang tahun saya sangat berharga. Terima kasih juga ya! (:

3 comments:

  1. Selamat tahun baru.(sorry dah basi sikit.)

    saya rasa penulisan anda amat formal dan susunan dan jalan cerita ditulis dengan baik.kamu menulis tnetang perasaan,apa yang terjadi,apa yang anda suka atau minat.saya suka akan cara penulisan kamu!

    woohoooo

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru.

    Penulisan dan bahasa bagus. Tetapi jika anda menggunakan saya, jangan tukar kan kepada aku. Paham... Ini akan menjejas markah anda.

    Seperti ini'"Saya pun berbelanja keperluan sekolah saya. Akhirnya, aku dan ibuku pun pulang"

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru.

    terdapat banyak isi tentang aktiviti-aktiviti yang kamu buat. Penulisan dan bahasa bagus.

    ReplyDelete